Terms and Conditions
Please read our terms carefully before booking.
TERMA & SYARAT
Terma & syarat ini terpakai untuk semua tempahan Studio Raya Heroes Studio. Dengan membuat tempahan di website, pelanggan dianggap bersetuju sepenuhnya dengan terma & syarat di bawah.
1) Pengesahan Tempahan (Automatik)
Tempahan anda hanya dianggap BERJAYA & DISAHKAN selepas bayaran RM50 deposit dibuat di website.
- Sistem akan menghantar pengesahan automatik ke WhatsApp pelanggan (berdasarkan nombor yang diisi semasa tempahan).
- Pengesahan akan mengandungi maklumat seperti:
- Tarikh & masa sesi
- Tema/Ruang dipilih
- Nama tempahan
*Penting: Pastikan nombor WhatsApp yang dimasukkan betul dengan letak nombor "6" dihadapan telefon seperti 60123456789. Kami tidak bertanggungjawab jika pelanggan tersalah isi nombor.
2) Pembayaran
Untuk lock slot, pelanggan perlu membayar sekurang-kurangnya Rm50 atau bayaran penuh semasa tempahan.
- Semua pembayaran dibuat secara online melalui website Heroes Studio
- Slot hanya akan “locked” selepas bayaran berjaya.
- Tempahan tanpa bayaran dianggap tidak sah
3) Polisi Pembatalan
Semua bayaran adalah TIDAK BOLEH DIPULANGKAN (NON-REFUNDABLE) atas apa-apa sebab, termasuk:
- pembatalan oleh pelanggan
- sakit / kecemasan
- masalah pengangkutan / lewat
- cuaca / hujan
- tersilap pilih tarikh/masa/tema
- tidak hadir (“no show”)
*Dengan membuat bayaran, pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa tiada refund akan diberikan
4) Polisi Penjadualan Semula (Reschedule)
Reschedule hanya dipertimbangkan atas budi bicara kami dan tertakluk kepada syarat berikut:
Reschedule mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi
Tertakluk kepada kekosongan slot
Reschedule hanya dibenarkan 1 kali sahaja
Permintaan reschedule kurang daripada 48 jam, atau pada hari sesi, akan dianggap hangus dan bayaran tidak dikembalikan.
*Jika pelanggan ingin tukar tarikh selepas tempoh dibenarkan, pelanggan perlu buat tempahan baru
5) 15 Minit Potoshoot termasuklah
- Sesi photoshoot,
- Make up,
- Pakai samping/tukar pakaian,
- Ragam anak,
- Menunggu ahli keluarga, dan lain-lain)
6) Had Pax Maksimum (Ikut Tema/Ruang)
Pax = jumlah individu yang masuk dan bergambar dalam studio (dewasa & kanak-kanak).
Kanak-kanak bawah 4 tahun TIDAK dikira sebagai pax.
Maksimum pax setiap ruang:
- Morrocco Raya: 6 pax
- Modern Oriental: 6 pax
Pax tambahan:
- Jika jumlah pax melebihi had, caj tambahan ialah:
- RM10 / seorang (pax tambahan)
Jika pelanggan hadir melebihi kapasiti ruang studio (contohnya terlalu ramai), Kami berhak untuk:
- menghadkan jumlah yang masuk pada satu-satu masa, atau
- menolak lebihan pax daripada masuk jika ruang tidak sesuai/terlalu padat
7) Ketepatan Masa (Datang Awal)
Pelanggan disarankan hadir 10 minit lebih awal.
Jika pelanggan lewat:
- sesi tetap ikut jadual asal
- masa lewat akan ditolak daripada tempoh sesi
- tiada gantian masa dan tiada refund
Jika lewat 15 minit atau lebih:
- slot boleh dianggap hangus
- bayaran tidak dikembalikan
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan jem, parkir, hujan, atau faktor luar dan lain.
8) Hasil Gambar (Softcopy)
Semua gambar siap akan diberikan dalam tempoh:
1 – 3 hari selepas sesi
- Link gambar akan dihantar melalui WhatsApp
- Pelanggan disarankan download sebaik menerima link
Link gambar hanya aktif sehingga December 2026 sahaja.
Selepas tempoh tersebut, link akan ditutup/dipadam dan Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelanggan menyimpan gambar.
9) Lokasi Studio (Tingkat 2 – Tidak Wheelchair Friendly)
Studio RGS berada di tingkat 1.
Oleh itu, studio ini tidak wheelchair friendly dan tidak sesuai untuk pelanggan yang memerlukan akses lif/kerusi roda.
Pelanggan dinasihatkan membuat pertimbangan sebelum membuat tempahan.
10) Hak Cipta & Kebenaran Penggunaan Foto (Promo Studio)
Semua gambar adalah hak cipta Heroes Studio.
Kami berhak menggunakan gambar pelanggan untuk:
- portfolio
- media sosial (IG/FB/TikTok)
- website
- iklan/promosi
Jika pelanggan tidak bersetuju gambar digunakan:
pelanggan perlu maklumkan sebelum sesi bermula melalui WhatsApp.
11) Peraturan Studio & Keselamatan
Untuk keselesaan semua:
- Jaga kebersihan studio dan hiasan
- Jangan merosakkan props/peralatan
- Kanak-kanak mesti dipantau oleh penjaga setiap masa
Jika berlaku kerosakan akibat kecuaian pelanggan:
- Pelanggan perlu membayar kos kerosakan mengikut nilai semasa
12) Barang Peribadi (Liabiliti)
Heroes Studio tidak bertanggungjawab ke atas:
- Kehilangan barang peribadi
- Kerosakan telefon/kamera/barang berharga pelanggan
Pelanggan dinasihatkan menjaga barang masing-masing sepanjang sesi.
13) Maklumat Perhubungan
Jika perlukan bantuan, sila hubungi kami:
WhatsApp: http://wa.me/+60132751153